RANG Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 atau Bajet 2022 diluluskan sebulat suara pada peringkat tanpa perlu melalui undian belah bahagi di Dewan Rakyat, hari ini.
Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, selepas kira-kira sejam Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menggulung perbahasan.
Kelulusan RUU yang mendapat sokongan pembangkang itu membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.
Minggu depan, perbahasan akan melalui peringkat jawatankuasa sebelum pengundian sekali lagi dilakukan. – Malaysiapost

