KKM siasat punca kematian Dr Chai

0
2

SIASATAN sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Chai Koh Meow, yang meninggal dunia semalam selepas lengkap dos penggalak Covid-19 pada 9 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mendiang tidak melaporkan apa-apa kesan sampingan luar biasa setelah mendapat vaksinasi tersebut.

Menurutnya, Dr Chai juga telah hadir bekerja dan bertugas seperti biasa sehingga Selasa lalu.

“Adalah dimaklumkan bahawa siasatan mengenai punca kematian mendiang masih berjalan. KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau sehingga keputusan bedah siasat rasmi diperolehi

“KKM juga memohon masyarakat Umum menghormati privasi keluarga mendiang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan KKM berduka vita dengan pemergian salah seorang pegawainya yang komited dan berdedikasi dalam tugasan.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr. Chai Koh Meow atas pemergian beliau pada 17 November 2021.

“Dr. Chai merupakan seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, masyarakat setempat dan komuniti perubatan tradisional dan komplementari,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here