Dulu syurga, kini guna malaikat pula dalam kempen PN

0
3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=265726422223393&set=pb.100063581116671.-2207520000..&type=3

TINDAKAN mengaitkan malaikat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka oleh seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) dianggap keterlaluan dan terdesak.

Pengarah Komunikasi Pemuda Umno Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, berkata gabungan parti itu seperti kehilangan arah tuju apabila mendakwa kononnya malaikat tidak marah sekiranya rakyat mengundi PN.

“Dahulu kala, undi satu parti masuk syurga. Dahulu kala juga ada parti mendakwa malaikat bersama mereka menewaskan musuh.

“Di PRN Melaka pula nama malaikat juga mula dijaja lagi. Malang sekali, malaikat yang suci dijaja namanya bagi meraih undi. Nama malaikat diiklan bagi mempengaruhi minda, agama kembali jadi bahan dagangan.

“Malaikat yang ‘tidak berpolitik’ menjadi mangsa kerakusan lidah tidak bertulang. Mungkin ini ‘nasihat’ strategi dari rakan strategik PN,“ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tersebar di media sosial video seorang pemimpin PN mendakwa malaikat turut merestui rakyat Melaka mengundi gabungan itu dalam PRN pada 20 November ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here