Agong perkenan lulus pindaan tiga akta

0
1
YDP Agong

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah, berkenan meluluskan tiga akta yang dipinda dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang lalu.

Perkara itu dimaklumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun sebelum memulakan sidang Dewan Rakyat, sesi pagi hari ini.

“Ahli-ahli Yang Berhormat saya suka hendak memberitahu majlis ini iaitu Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-Akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang lalu.

“Akta-Akta berkenaan adalah Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan 2021), Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan Penyakit Covid-19 (Pindaan 2021) dan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan 2021),” katanya.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bersidang pada 13 September hingga 12 Oktober lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here