Hubungan akrab jentera BN dan PAS masih terjalin – Asyraf Wajdi

0
1

AKAR umbi kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan PAS rata-rata melahirkan kekecewaan apabila tangan yang dihulurkan Umno untuk PAS kekal bersama dan bertanding dengan logo keramat ‘bulan’ tidak disambut.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Melaka juga seperti Pahang dan Selangor yang menyaksikan hubungan akar umbi dan pimpinan Umno-BN dan PAS amat rapat.

“Malah, kekecewaan juga lahir kerana sejak dari awal kepimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden PAS seringkali mengulangi ketetapan bahawa PAS tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang telah dimenangi Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

“Namun, sebaliknya pula berlaku apabila PAS tetap meletakkan calon-calon di kerusi yang dimenangi Umno-BN seperti di Merlimau, Kuala Linggi, Taboh Naning dan Serkam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi mengucapkan terima kasih kepada ahli PAS di akar umbi Melaka yang tetap mempertahankan kerjasama dengan Ahli Umno-BN yang telah kukuh terjalin dan kuat dibina selama lebih dua tahun.

Katanya, beliau menyaksikan hubungan akrab masih terjalin antara jentera Umno-BN dan PAS sepanjang beliau berkampung di Melaka sejak hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 8 November lalu dan menjelajah di hampir semua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi Umno.

“Melihatkan komitmen Ahli-Ahli PAS yang sanggup untuk berkerja mengangkat bendera BN dan bersama di bilik-bilik Gerakan BN memberikan harapan baharu bahawa insyaAllah, selepas PRN Melaka nanti kerjasama Umno dan PAS masih boleh diselamatkan,” katanya.

PAS bertanding tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Umno pada PRN Melaka, 20 November ini.

Kawasan terbabit ialah Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Duyong, Serkam dan Merlimau.

Walaupun bersama-sama Umno dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 14 September 2019, PAS memilih untuk membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu pada PRN Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here