SEBANYAK 45 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.
Daripada jumlah itu, 12 kes adalah merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Berdasarkan data, Kedah merekodkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Pulau Pinang dan Selangor masing-masing tujuh; Perak dan Sarawak masing-masing empat kes.
Sementara, Kelantan, Sabah dan Terengganu masing-masing tiga kes; Melaka dan Kuala Lumpur (dua).
Johor dan Negeri Sembilan masing-masing mencatat satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 29,676 kes. – Malaysiapost

