Calon, jentera PH perlu perhebat usaha – Anwar

0
1

BERBAKI beberapa hari lagi sebelum hari pengudian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pakatan Harapan (PH) berharap usaha gigih semua calon dan jentera parti dapat diperhebatkan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana tempoh berkempen telah pun genap seminggu hari ini.

Beliau seterusnya menzahirkan penghargaan kepada warga Melaka atas layanan dan sambutan yang diberikan kepada semua calon serta jentera PH di Melaka.

“Nasihat saya buat semua adalah untuk terus mengutamakan nasib rakyat pelbagai kaum yang melarat saat ini.

“Ayuh kita selamatkan Melaka!,” katanya yang juga Presiden PKR menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Pengundian bagi PRN Melaka ditetapkan pada 20 November ini.

Dalam PRN tersebut, PH bertanding semua 28 kerusi bagi menentang Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) serta beberapa parti lain dan calon Bebas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here