PELAKON, Shaheizy Sam tidak menyangka individu yang membantu menunaikan hasrat peminat ciliknya yang juga pesakit kanser saraf, Allahyarham Muhammad Iqbal Zufri Muhammad, tujuh tahun lalu bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurutnya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang dipanggil ‘abang’ pada 2014 mengatur pertemuannya dengan adik Iqbal sebelum arwah menghembus nafas terakhir.
Shaheizy turut menyifatkan Abdul Rahman berhati mulia kerana kesungguhannya memenuhi hasrat Allahyarham Iqbal yang ketika itu menderita kanser saraf tahap empat.
“Tahun 2014, Abang ni la yang datang dari Melaka ke Kuala Lumpur semata-mata nak tunaikan hasrat Allahyarham adik Iqbal, penghidap kanser saraf yang dikatakan teringin sangat nak jumpa dengan Sam.
“Selepas beberapa hari kemudian, Allahyarham adik Iqbal meninggal dunia. Sejak dari tu, tak tau dah apa jadi dengan Abang berhati mulia yang telah tunaikan hasrat Allahyarham itu.
“Semoga roh Allahyarham adik Iqbal sentiasa mendapat tempat yang paling baik disana. Amin,” katanya menerusi Facebook.

Shaheizy berkata, selepas tujuh tahun akhirnya dia dapat berjumpa semula dengan Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Tok Jak di PRN Melaka dan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.
Justeru, pelakon Polis Evo itu turut mendoakan segala urusan calon Barisan Nasional (BN) itu dipermudahkan sepanjang PRN berlangsung, dan diharapkan kebaikan yang dilakukan Tok Jak sebelum ini terbalas.
“Tujuh tahun kemudian, Sam dapat rezeki berjumpa dengan Abang ni semula, tapi kali ni dia bertanding di PRN Melaka.
Semoga Allah SWT membalas budi dan permudahkan urusan Abang ni. Amin.
“Abang yang bernama Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Tok Jak) calon no 4, N23 Dun Telok Mas, Melaka @razakrahmam ,” katanya. – Malaysiapost

