PH akan manfaat peluang berkempen di RTM

0
1
https://www.facebook.com/photo?fbid=422708455881327&set=pcb.422708519214654

PAKATAN Harapan (PH) menyambut baik kesudian kerajaan membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan poster dan biodata calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari, berkata gabungan itu sedia menyalurkan maklumat mengenai calon parti itu bagi memanfaatkan platform media arus perdana berkenaan.

Menurutnya, ruang tersebut perlu diberikan secara adil dan saksama kepada semua calon yang bertanding supaya pengundi di negeri itu dapat mengenali mereka terutama muka baharu berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada PRN itu.

“Kita bersedia apa sahaja, ia mesti dimanfaatkan untuk rakyat dapat maklumat, kerajaan telah mengumumkannya cuma pelaksanaan ia dilihat masih agak lemah.

“Bagaimana mereka mahu dapatkannya (poster, biodata) dan di peringkat kita macam mana kami mahu salurkan profil calon untuk dimanfaatkan.

“Ia adalah ruang tambahan kepada calon-calon bertanding untuk memperkenalkan diri selain menggunakan media sosial,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan, kerajaan membenarkan RTM menyiarkan poster dan biodata calon dan ia dialu-alukan sekerap mungkin, adil dan saksama.

Annuar berkata, ia mengambil kira kesulitan calon berkempen selain pengundi yang kurang mengenali calon yang bertanding. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here