Malaysia perlu ambil iktibar lonjakan kes di luar negara

0
2
dr noor hisham

MALAYSIA harus belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang lebih awal menangani penularan pandemik Covid-19 dan lebih awal menjalankan vaksinisasi di negara mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata banyak negara yang melonggarkan kepatuhan kepada tindakan pencegahan kesihatan awam (SOP) selepas mencapai liputan vaksinisasi tinggi.

“Negara kita kekal dengan strategi tindakan kesihatan awam dengan kepatuhan kepada SOP serta mempertingkatkan lagi liputan vaksinisasi kepada mereka yang masih belum divaksin.

“Serta pemberian dose pengalak kepada golongan rentan apabila diberikan janji temu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkongsi laporan agensi berita antarabangsa memaparkan Jerman melaporkan 50,196 kes baharu Covid-19 semalam, iaitu hari keempat berturut-turut ia mencatatkan paras tertinggi harian baharu, ketika gelombang jangkitan melanda negara tersebut.

Jumlah kes yang disahkan di negara itu kini 4.89 juta, dengan jumlah kematian meningkat 235 kepada 97,198, menurut pihak berkuasa kesihatan awam Institut Robert Koch.

Institut itu melaporkan peningkatan dalam kadar kejadian tujuh hari Covid-19 – bilangan orang bagi setiap 100,000 yang dijangkiti sepanjang minggu lalu – kepada 249 daripada 232 pada kelmarin.

Terdahulu kes harian Covid-19 di Malaysia kekal melepasi angka 6,000 buat hari ketiga berturut-turut apabila mencatatkan 6,517 kes baharu hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here