Debat calon Ketua Menteri, Sulaiman kata tak perlu

0
2

CALON Ketua Menteri Melaka daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali seakan menolak cadangan debat antara calon-calon Ketua Menteri seperti dicadangkan Pakatan Harapan (PH). 

“Tak payahlah. Kita habiskan pilihan raya ni dululah,” kata bekas Ketua Menteri yang dijatuhkan susulan hilang sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bulan lalu, lapor Malaysiakini. 

Sebaliknya Sulaiman yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, berkata beliau mahu menumpukan terhadap usaha mendapat sokongan rakyat menerusi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung. 

“Kita tumpukan dulu kerja yang ada ni,” katanya lagi. 

Semalam Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara calon-calon Ketua Menteri dari PH, BN dan Perikatan Nasional (PN) yang bertanding dalam PRN Melaka. 

Beliau yakin cadangan itu adalah saluran terbaik dalam melonjak nama Malaysia  sebagai contoh negara demokrasi yang sihat dan matang. 

Anwar sebelum ini mengumumkan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri jika PH diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri. 

BN pula menamakan Sulaiman sebagai calon tunggal Ketua Menteri Melaka jika menang PRN kali ini. 

Bagaimanapun PN setakat ini masih belum menamakan calon Ketua Menteri mereka. – Malaysiapost

Kredit Foto: Malakat Tribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here