Covid-19: Bilik Gerakan PN Telok Mas ditutup 14 hari

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1636712723375","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

BILIK Gerakan Perikatan Nasional (PN) di Telok Mas diarahkan tutup 14 hari, selepas ada kes positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman yang mengesahkan perkara itu, berkata notis penutupan 14 hari itu bermula hari ini sehingga 26 November.

“Ujian saringan awal mendapati, seorang individu positif Covid-19 dan notis penutupan sudah dikeluarkan.

“Seramai 23 individu lain menjalani ujian saringan hari ini dan masih menunggu pengesahan,” katanya.

Beliau berkata, jabatan kesihatan turut mengeluarkan notis kompaun berjumlah RM10,000 selepas mendapati berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Notis kesalahan itu dikeluarkan kerana pihak yang terbabit tidak menyediakan pengimbas suhu di premis seperti yang diarahkan,” katanya.

Terdahulu, menurut notis KKM yang dilihat ditampal di bilik gerakan calon PN di kerusi itu, Datuk Rafiq Naizamohideen, tertera tarikh penutupan berkuatkuasa hari ini sehingga 26 November depan. 

Selain notis penutupan, KKM turut mengeluarkan notis arahan meminta pengurusan premis mengenal pasti kontak rapat kes berkenaan dan maklumat perlu diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Sebarang kehadiran atau aktiviti berkaitan parti di premis yang diarahkan tutup, tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri Melaka,” menurut notis berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here