‘Itu hak UMNO…’ – Mohd Rafiq

0
2

Syaf Ziyad

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) yang secara terbuka mengumumkan hanya akan bekerjasama dengan PAS tetapi menolak Bersatu jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah hak parti itu.

Pengerusi PN Negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata ia juga selari dengan apa yang telah dicapai kedua-dua parti sebelum ini.

“Itu hak Umno untuk tak terima Bersatu dan kita pun apabila Umno tidak mahu Bersatu, PAS kekal terus bersama PN yang mana kita pun tidak pernah menunggu Umno untuk bersetuju bersama kita.

“Walaupun pada peringkat awal kita membuka tangan seluasnya, tetapi apabila mereka menolak bukan sahaja Bersatu, tetapi parti dalam PN,” katanya ketika ditemui di Masjid Masjid Al Falahin, Alai, hari ini.

Ditanya apakah beliau tidak merajuk apabila BN sedia menerima PAS yang berada dalam PN tetapi masih kekal menolak Bersatu, Mohd Rafiq enggan mengulas lanjut.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, dalam ucapannya kepada jentera kempen BN sempena PRN Melaka di Bukit Piatu mengumumkan beliau sedia menerima PAS bersama BN jika berjaya membentuk kerajaan 20 November ini namun menolak untuk bersama Bersatu.

“Saya kalau orang kata saya ajak dengan PPBM (Bersatu) ni susah sikit nak setuju, tapi dengan PAS, InsyaAllah kita bersetuju kerana banyak tambah nilainya.

“Tapi kalau PPBM (Bersatu) nak ‘rujuk’ pada Umno, buatlah macam Semangat 46 dulu, bubarkan parti,  datang kita terima dengan hati terbuka,” katanya dipetik laporan dalam ucapannya malam tadi.  – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here