Ibu kandung, waris kanak-kanak dicari

0
1

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis sedang mengesan ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak yang ditinggalkan di hadapan pasar raya BJ Court, Pulau Pinang empat tahun lalu.

JKM Perlis telah dimaklumkan mengenai seorang wanita yang meninggalkan bayi berusia lingkungan dua hingga tiga bulan kepada Hafiza Ezab pada 5 Julai 2017, di hadapan pusat beli belah tersebut.

“Wanita berkenaan meminta Hafiza menjaga kanak-kanak itu sebentar sementara menunggu ibu kandung datang mengambil.

“Namun setelah beberapa ketika, tiada sesiapa yang datang menuntut dan kanak-kanak itu kini dijaga oleh ibu kepada Hafiza yang tinggal di Perlis sebagai anak angkat,” jelas JKM Perlis di hantaran Facebook.

Dalam hantaran itu juga memberitahu sehingga kini, ibu kandung kanak-kanak terus menghilangkan diri dan gagal dikesan.

“Kanak-kanak yang ditinggal itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pencarian ibu kandung atau waris dibuat oleh JKM bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik yang akan ditentukan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kangar, Perlis,” katanya.

Berikutan itu, ibu kandung atau waris kanak-kanak itu diminta tampil menghubungi Puan Isma Liza Mohd Isa, Pelindung JKM Perlis di talian 04-9731926 atau 04-9731967 bagi membincangkan hal penjagaan kanak-kanak tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here