
SEJUMLAH 59 kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 29,486 kematian akibat virus maut itu sejak ia melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, daripada 59 kematian yang direkodkan, 10 daripadanya brought-in-dead (BID) atau berlaku di luar hospital.
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Setakat ini, terdapat 62,890 kes aktif Covid-19 di seluruh negara, dan daripada jumlah itu 48,730 individu atau 77.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 7,999 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 264 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 280 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost
