Dulu juri, kini Adibah Noor sedia jadi ‘murid’ dalam GV8

0
2

JIKA sebelum ini penyanyi bersuara lantang, Adibah Noor pernah duduk di kerusi juri untuk memberi ulasan nyanyian, namun pentas Gegar Vaganza (GV) musim ke-8 bakal menampilkan kelainan.

Ini kerana pemilik nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar, 51, adalah salah seorang peserta GV musim ke-8 yang membawa ‘tagline’ Bintang Kembali Menyegat.

Menurut Adibah, dia sudah bersedia untuk dihakimi secara terbuka sepanjang berada di pentas GV kali ini.

“Kalau saya berani buat saya kena berani terima. Saya juga pernah menyandang tugasan sebagai juri dalam beberapa pertandingan realiti.

“Jadi kali ini, saya pula berada di sebalik itu pula. Kalau saya berani buat dekat orang saya kena berani tanggung. Jadi saya terima,” katanya dalam sidang media pengumuman peserta GV8.

Pelantun lagu Terlalu Istimewa itu memberitahu sudah bersedia untuk mencuba perkara baharu dalam pentas GV biarpun di luar konteks nyanyiannya sebelum ini.

“Saya bakal jadi murid yang baik kali ini dan tidak akan masuk dalam aura yang orang sedia maklum kerap protes dan asyik mahu membantah,” katanya.

Adibah antara 13 pesaing utama yang dipilih untuk menyerikan GV musim ke-8 yang akan bermula pada 21 November ini.

Pentas berprestij GV musim ini akan menjadi medan penentu bagi 13 peserta yang merangkumi tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Mereka yang terpilih kali ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk, Aliff Aziz.

Turut bersaing dalam program realiti itu ialah, Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil.

Musim ini juga menyaksikan kemeriahan berganda apabila Astro mengumumkan kehadiran pelawak terkenal Saiful Apek dan Yassin serta Nico yang akan mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Konsert GV akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here