PH akur keputusan Mahkamah Tinggi

0
2
Mahkamah Kuala Lumpur

PAKATAN Harapan (PH) akur terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kebenaran semakan kehakiman yang difailkan parti itu bagi mencabar keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, berkata pihaknya mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi itu. 

“Pakatan Harapan Melaka turut akur dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

“Malah, Pakatan Harapan Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan peguam atas semua usaha dan sumbangan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Adly berkata, pihaknya berharap rakyat Melaka menggunakan peluang terakhir dalam PRN yang akan berlangsung pada 20 November 2021.

“Saya merayu kepada semua rakyat untuk turun mengundi bagi memastikan demokrasi dan hak rakyat dalam menentukan kepimpinan negeri ini terus terpelihara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Adly gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keabsahan pembubaran DUN Melaka dan membatalkan PRN Melaka serta-merta, hari ini.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak permohonan kebenaran semakan tersebut yang difailkan Adly sebelum ini.

Dalam penghakimannya, Noorin berkata proses membuat keputusan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam bagi membubarkan DUN adalah tidak boleh dipertikaikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here