Manifesto BN garis lima teras, 103 inisiatif

0
2

BARISAN Nasional (BN) berjanji menyediakan peruntukan kepada semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) jika gabungan itu diberi mandat menerajui Kerajaan Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini. 

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata peruntukan itu termasuk Adun bukan kerajaan sebagai langkah memastikan kemakmuran kepada seluruh rakyat Melaka tanpa mengira latar belakang politik.

“Kematangan politik ini turut dimanifestasikan menerusi cadangan meminda perlembagaan negeri bagi tujuan melantik lima orang Adun tambahan termasuk dari kalangan belia dan NGO bagi membuka ruang dan perspektif persidangan DUN di luar ruang lingkup politik semata-mata.

“Ini menunjukkan ketersediaan dan keberanian pentadbiran kerajaan negeri yang bakal diwujudkan kelak untuk mendengar suara semua pihak,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan manifesto BN bagi PRN Melaka, hari ini

Justeru, Mohamad berkata, BN mesti menang dua pertiga daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam PRN ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, 

cadangan pelantikan lima Adun tambahan menerusi pindaan Perlembagaan Negeri menjadi antara kandungan manifesto BN. 

Mohamad berkata, langkah itu sekali gus membolehkan pelantikan Adun dalam kalangan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia menggambarkan kesediaan kerajaan BN untuk mendengar suara semua pihak. 

“BN kena menang dua pertiga, barulah boleh meminda Perlembagaan untuk melaksanakan cadangan ini,” katanya. 

Terdahulu, Mohamad berkata, usaha mengatasi masalah banjir  antara kandungan manifesto BN ‘Melaka Lima Tahun’ bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang mengariskan satu matlamat di samping lima teras dan 103 inisiatif.

Katanya, lima inisiatif tersebut adalah mengekalkan kestabilan politik dalam agenda politik matang, merealisasikan ekonomi baharu, kominted meningkat tadbir urus kerajaan, memelihara keharmonian bersatu padu dan agenda untuk menjayakan pembangunan mapan.

“Kita tidak beri janji manis kepada rakyat, namun manifesto ini kita percaya mampu dilaksanakan kerana ia bersifat realistik.

“Manifesto ini berpijak kepada bumi nyata, berpijak kepada keperluan rakyat. Hal ini kerana BN mempunyai pengalaman luas, rekod pencapaian cemerlang. 

“Maka perjuangan kami berpaksikan kestabilan politik dan komited untuk meneruskan agenda negeri untuk kesenangan rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here