KES harian Covid-19 kembali melepasi angka 6,000 dengan merekodkan 6,243 kes hari ini.
Angka itu menunjuk peningkatan sebanyak 1,200 kes berbanding semalam 5,043 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,522,498 kes.
Katanya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

