Kereta ‘dihiasi’ sampah akibat ‘double parking’

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1636518974544","origin":"gallery","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

GARA-gara ‘double parking’, cermin depan sebuah kereta dipenuhi sampah.

Satu video berdurasi 15 saat dikongsikan di pplikasi TikTok Weikit itu, memaparkan sebuah Toyota Vios ‘dihiasi’ dengan sampah sarap kerana tindakannya menghalang kereta lain untuk keluar parkir.

Malah dipercayai kenderaan itu ditinggalkan dengan keadaan brek tangan yang tidak dilepaskan menyebabkan kereta itu tidak boleh digerakkan.

Justeru, tindakan pemandu Vios tersebut menimbulkan kemarahan penduduk kawasan itu sehingga mereka mengambil langkah drastik sedemikian.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati serta berpendapat pemandu berkenaan perlu diberi pengajaran.

Pengguna TikTok, Tom berkata, tindakan penduduk itu akan memberi peringatan kepada pemandu Vios itu supaya sentiasa prihatin terhadap orang lain.

“Ini semua pengajaran. Mesti dia akan ingat sepanjang hidup dia. Mungkin dia insaf untuk parkir berlapis lagi dan tarik brek tangan,” katanya.

Diana pula berkata, sesetengah tempat akan mengambil tindakan lebih kasar dengan memecahkan tingkap justeru dia mengganggap pemandu Vios itu dikira bernasib baik.

“Dulu masa duduk dekat kawasan perumahan Shah Alam, selalu nampak kereta parkir berlapis yang tak tinggalkan nombor telefon kemudian tarik brek tangan ni, tingkap kereta mereka dipecahkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here