PRN Melaka: 7,601 kertas undi pos dikeluarkan

0
3

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan 7,601 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos seperti diperuntukkan di bawah peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengeluaran kertas undi pos semalam dijalankan oleh petugas pilihan raya di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kesemua 7,601 kertas undi pos itu terdiri daripada 6,871 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), 511 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), 113 kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dan 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

“Proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu Ikmalrudin berkata SPR mengingatkan semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2).

Selain itu katanya, segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN sebelum jam 5 petang pada hari mengundi 20 November ini.

“Pengundi juga diingatkan sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan
menularkannya di laman media sosial,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here