Perkataan penuh Perikatan Nasional agar pengundi tidak keliru

0
2

PERIKATAN Nasional (PN) menggunakan perkataan penuh di atas kain berwarna ‘prussian blue’ sebagai lambang untuk bendera gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar para pengundi tidak keliru.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata penggunaan perkataan dengan ejaan penuh akan lebih jelas kepada pengundi.

Beliau berharap tidak timbul isu kekeliruan antara logo tradisi bendera Barisan Nasional (BN) pada kain berwarna biru berbanding PN.

Menurutnya, perkara yang akan menimbulkan kekeliruan kepada pengundi adalah singkatan ‘PN’ dan ‘BN’ merujuk kepada Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang sudah menjadi kebiasaan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan calon agar menyebut penuh Perikatan Nasional sepanjang tempoh berkempen nanti.

“Bila di pusat pengundian nanti, pengundi akan dapat membezakan antara logo Perikatan Nasional yang dieja penuh dengan logo Barisan Nasional yang menggunakan lambang dacing,” katanya dipetik Harakahdaily.

Pas akan bertanding pada lapan kerusi dalam PRN Melaka yang berlangsung 20 November ini dengan menggunakan lambang Perikatan Nasional. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here