Tuan Ibrahim gah berbahasa Melayu di persidangan antarabangsa

0
2

DATUK Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tampil berani berucap menggunakan bahasa kebangsaan pada persidangan antarabangsa yang berlangsung di Glasgow, Scotland, hari ini. 

Beliau yang mewakili Malaysia dan sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, kelihatan gah berucap menggunakan Bahasa Melayu di hadapan delegasi negara-negara lain pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26). 

Tampil segak dengan bersuit dan kopiah hitam, Tuan Ibrahim menyampaikan kenyataan negara pada konvensyen berkenaan selama kira-kira tiga minit.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.

Malaysia dijangka akan menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders’ Declaration on Forest and Land Use) dan Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge) bagi menunjukkan komitmen dan usaha progresif negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang akan menyumbang kepada matlamat global.

Kemunculan Tuan Ibrahim itu sekali gus menutup mulut banyak pihak yang membidasnya kerana tidak hadir ke acara berkenaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengkritik beliau tidak hadir pada persidangan itu memandangkan rakan sejawatan Tuan Ibrahim dari negara lain sudah berada di COP26 untuk berbincang cara menangani perubahan iklim. 

Malah, ada juga kalangan netizen yang berpandangan beliau tidak ke Scotland kerana takut berbahasa Inggeris. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here