‘Inilah pilihan raya yang dipaksa’ – Mohamad Sabu

0
2

PAKATAN Harapan (PH) mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah pilihan raya yang dipaksa ke atas rakyat.

Perkara itu diungkapkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang berkata PH tetap berusaha keras bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun dalam keadaan terpaksa.

“Ini adalah pilihan raya yang dipaksakan. Namun, kita akan sertai PRN ini. Tujuannya untuk ambil alih kuasa dan memerintah bagi memberikan khidmat terbaik,” ucapnya ketika majlis pelancaran Manifesto PH sempena PRN Melaka yang disiarkan secara maya, hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menegaskan, menjadi wakil rakyat bukan untuk kayakan diri, sebaliknya perlu bertanggungjawab memastikan kesejahteraan rakyat.

“Bukan tugas kita untuk kayakan pemimpin dan individu sebagaimana di negara dunia ketiga, pemimpin kaya walaupun rakyatnya miskin,” katanya.

Beliau juga menaruh keyakinan bahawa PH mampu mengembalikan semula mandat selama 22 bulan di negeri Melaka dahulu.

“Masa PH, rakyat boleh buat perbandingan. Rindu untuk kembalikan PH. Bila kembali memerintah, kita akan lakukan terbaik.

“Bukan nak rebut pasir dan tanah oleh pemimpin. Ini masa lalu, masa depan takkan berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here