Wajah disunting, Iqbal tak berdendam

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1636443819839","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

USAHAWAN dan penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli tidak mengambil hati atau berdendam dengan individu atau pihak yang menyunting gambarnya menyerupai babi dan anjing.

Malah beliau masih bersikap ‘husnozon’ sambil memohon maaf jika perbuatannya selama ini mengundang kemarahan dan kebencian mereka sekali gus tercetus perilaku itu.

“Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Saya banyak khilaf (berbuat salah). Harus terima segala ini dengan hati yang terbuka,” katanya menerusi Instagram.

Bekas pembantu peribadi kepada usahawan Datuk Seri Vida itu berkata, beliau tidak akan menyimpan dendam kerana apa yang dirinya lakukan sebelum dan kini adalah tindakan yang betul.

“Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak semua perkara saya lakukan itu betul.

“Doakan saya dapat menjadi yang lebih baik. Saya betul-betul minta maaf atas segala perbuatan saya yang tidak menyenangkan,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Iqbal pernah beberapa kali mencetuskan rasa kebencian netizen terhadap dirinya, yang bermula dengan drama percintaan hingga pembatalan pernikahan dengan Vida.

Pasangan itu berdepan pelbagai konflik apabila tidak mendapat restu dan ditentang anak perempuan Vida, Cik B.

Selain itu, Iqbal turut menanam rasa ‘menyampah’ netizen apabila menayang segala kemewahannya termasuk membongkar harga kucing-kucing miliknya yang dibeli dengan nilai sehingga puluhan ribu ringgit.

Dan kini kebencian netizen semakin memuncak apabila Iqbal melancarkan single pertamanya berjudul Hujan pada 1 November lalu selain tular video menunjukkan dia memijak taburan wang kertas RM50 di atas lantai,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here