‘Guna katak rampas kuasa, buang katak untuk raih undi’ – Ka Siong bidas DAP

0
1

PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membidas sikap DAP yang disifatkan pelik berhubung pendirian parti itu terhadap ‘katak politik’.

Ka Siong berkata, hakikatnya DAP menggunakan pendekatan licik iaitu menggunakan ‘katak politik’ untuk merampas kuasa di Melaka dan membuang ‘katak’ berkenaan untuk meraih undi.

“DAP cakap mereka tolak ‘katak politik’. Tapi pada sidang media bertarikh 4/10/21, mereka cakap nak menubuhkan kerajaan negeri baharu bersama katak-katak politik ini

“Pelik betul. Guna ‘katak’ untuk rampas kuasa, dan buang ‘katak’ untuk raih undi. Ini betul-betul otak bergeliga, penipu,” katanya.

Sabtu lalu, Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu, mengumumkan dua bekas ADUN Umno sebagai calon PH dalam PRN Melaka 20 November ini.

Bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Datuk Nor Azman Hassan pula akan mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) di DUN Pantai Kundur yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Kedua-duanya sebelum ini menarik sokongan kepada bekas Ketua Menteri sehingga kerajaan Melaka tumbang, sekali gus keahlian mereka dalam Umno terlucut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here