Covid-19: Kes baharu kembali lepasi angka 5,000

0
1
Seorang wanita menggunakan payung dalam keadaan cuaca panas.

SELEPAS empat hari kes harian Covid-19 berada di bawah angka 5,000, kes baharu kembali meningkat kepada 5,403.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,516,255 kes.

Katanya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here