KES baharu Covid-19 kekal berada di bawah angka 5,000 selama empat hari berturut-turut apabila melaporkan 4,543 kes hari ini.
Namun, angka itu menyaksikan peningkatan 200 kes berbanding 4,343 kes dilaporkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,510,852 kes.
Katanya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

