‘Jangan salahkan Karen, dia kelihatan tidak sihat’ – Harith Iskander

0
1

PELAKON dan pelawak, Harith Iskander meminta orang ramai berhenti mengecam pelancong asing yang dikatakan membuat kecoh selepas tidak dibenarkan masuk ke sebuah butik terkemuka baru-baru ini.

Harith, 55, menerusi ciapan di laman Twitter berkata, beliau berpandangan mungkin wanita asing dikenali dengan nama ‘Karen’ itu mempunyai masalah berkaitan mental.

“Kita harus berhenti menyalahkan wanita berkenaan. Dia kelihatan tidak sihat dan jelas berdepan dengan permasalahan dalaman diri sendiri.

“Saya percaya dia ada anak-anak dan harap mereka selamat dan dilindungi. Teruskan hidup,” katanya dalam ciapan itu.

Dalam hantaran berbeza, Harith juga memuji sikap profesional pekerja butik itu yang dengan tegas tidak membenarkan Karen masuk kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Syabas kepada staf kerana tegas dengan individu itu (Karen) yang tidak respek dengan SOP dalam negara ini.

“Yeah, rakyat Malaysia lazimnya tenang saja. Tetapi itu tidak bermakna kami membenarkan anda (pelancong) bergerak bebas andai enggan mengikuti peraturan dan SOP,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Terdahulu, tular sebuah video wanita membuat kecoh di sebuah butik jenama antarabangsa selepas tidak dibenarkan memasuki premis kerana tidak memakai pelitup muka.

Wanita itu tetap berdegil untuk masuk ke premis berkenaan walaupun dihalang dan tetap mengulangi ayat ‘Malaysia adalah negara bebas’.

Beberapa hari kemudian, netizen merakam wanita yang sama dilihat cuba memasuki sebuah pusat membeli belah tanpa memakai pelitup muka tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here