Kerjasama dengan Umno, terserah kepada PAS – Ab Rauf

0
1

TERSERAH kepada PAS untuk menerima tawaran Umno atau sebaliknya berhubung kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS amat dinantikan oleh akar umbi di Melaka.

“Saya melihat penerimaan akar umbi bermula malam tadi hingga hari ini agak gembira setelah lama mereka menanti, memberikan harapan kepada semua penyokong dan pendokong supaya MN dapat diterjemahkan dalam PRN Melaka.

“Terserah kepada PAS untuk dapat melihat tawaran yang dibuat ini dapat memberikan kebaikan bersama. Maksudnya keputusan untuk memperkukuhkan MN ini mestilah memberi faedah kepada kedua-dua parti,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Ab Rauf turut memaklumkan, beliau telah berhubung dengan pimpinan PAS Negeri Melaka berkenaan keputusan MKT Umno tersebut.

“Saya memang berhubung dengan semua pimpinan Pas terutama di Melaka, dan mereka mengalu-alukan keputusan ini dan menanti keputusan dibuat oleh PAS Pusat pada Ahad ini,” katanya.

Semalam Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat MKT Umno memutuskan meneruskan persefahaman dengan PAS selaras ketetapan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 iaitu memperkukuhkan MN dalam menghadapi PRN Melaka.

Katanya, asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam PRN Melaka,” katanya.

Baru-baru ini, Perikatan Nasional (PN) menyatakan tiga parti komponennya iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan akan bedrtanding menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here