Aryan Khan dibenar ikat jamin

0
1

ANAK kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, iaitu Aryan Khan dibenar mendapat ikat jamin daripada Mahkamah Tinggi Bombay, semalam atas dakwaan melibatkan kes dadah.

Memetik India Today, Selain Aryan, pelakon filem, Arbaaz Merchant dan pereka fesyen Munmun Dhamecha juga mendapat jaminan.

Sementara itu, peguam Aryan Khan, Mukul Rohatgi memberitahu media bahawa Aryan Khan, Arbaaz Merchant dan Munmun Dhamecha mungkin akan dikeluarkan dari penjara pada hari ini atau Sabtu.

Sebelum itu, Biro Kawalan Narkotik (NCB) menahan lapan individu termasuk Aryan, 23, dalam satu serbuan parti di atas kapal persiaran Cordelia yang menuju dari Mumbai ke Goa, awal bulan ini.

Dalam serbuan tersebut, NCB merampas sebanyak 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methylenedioxy­methamphetamine (MDMA), 5 gram dadah jenis mephedrone (MD) dan lebih 1.3 lakh rupee (RM7,315) wang tunai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here