MALAYSIA akan meneruskan pemerolehan Pfizer vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga akan mempertimbangkan pemberian vaksin lain seperti Sinovac kepada golongan tersebut.
“82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos. Ini bermakna pembukaan semula sekolah dengan selamat.
“Dengan panel Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer kepada 5 hingga 12 tahun, Malaysia akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak. Kami juga akan melihat pilihan lain seperti Sinovac,” katanya menerusi Twitternya.
Bagaimanapun, Khairy masih belum memaklumkan bilakah pemberian vaksin Covid-19 akan mula diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun itu. – Malaysiapost

