Air Selangor laksana kajian guna sistem ozon

0
1

AIR Selangor mengambil inisiatif dengan melakukan satu kajian menggunakan sistem ozon bagi merawat bahan-bahan pencemar yang dikenal pasti di Sungai Klang dan juga kolam-kolam air Rasau.

Menurut Air Selangor, ini kerana ramai pengguna yang tidak yakin dengan air mentah dari Sungai Klang untuk dirawat di Skim Bekalan Air Rasau.

Objektif utama kajian itu, katanya, adalah untuk mengenal pasti kemampuan teknologi ozon bagi merawat bahan-bahan organik serta logam yang terdapat di dalam sumber air mentah.

“Kajian ini telah dilakukan dengan kerjasama Veolia Water Technologies, sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam solusi teknologi rawatan air dan rawatan sisa kumbahan.

“Hasil pengunaan teknologi sistem ozon semasa kajian ini telah menunjukkan pengurangan ketara bahan pencemar seperti logam, serta bahan organik yang terdapat di dalam Sungai Klang dan kolam-kolam Rasau.

“Ini selaras dengan inisiatif kami untuk sentiasa membekalkan air bersih dan terawat kepada pengguna-pengguna kami,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here