Ka Siong kuarantin di rumah, tak dapat hadir majlis BN

0
1

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak dapat hadir majlis pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka malam tadi.

Ini kerana Menteri Pengangkutan itu perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah, dipercayai kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

“Walaupun perlu menjalani kuarantin di rumah dan tidak dapat hadir secara fizikal ke Majlis Pelancaran Jentera BN Bagi PRN Melaka di PWTC, Kuala Lumpur.

“Tetapi saya tetap bersemangat memakai uniform BN untuk bersama dalam majlis pelancaran tersebut secara maya.

“Semoga perjuangan BN akan mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat majmuk di Melaka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Majlis tersebut dilancarkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta dihadiri kepimpinan tertinggi BN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here