10 tahun berlalu, kehilangan warga emas ketika mahu ambil pencen masih misteri

0
1

KELUARGA seorang warga emas yang hilang 10 tahun lalu, masih berharap lelaki itu ditemui selamat walaupun tanpa sebarang khabar berita diterima sepanjang tempoh tersebut.

Menerusi perkongsian di Twitter orked @fyraadrazaii, berkata datuknya itu yang dipanggil tokwan hilang ketika ingin mengambil pencennya di sebuah bank di Kangar, pada tahun 2012 dan berita itu juga disiarkan di akhbar ketika itu.

Namun, katanya, sehingga kini datuknya masih belum ditemui, tetapi pihaknya tidak berputus asa dan berikhtiar mencari meskipun sudah hampir 10 tahun berlalu.

“Misteri warga tua ingin ambil pencen hilang sudah hampir 10 tahun ini tokwan aku. Hilang dah hampir 10 tahun. Keratan akhbar ni 2012. Sampai sekarang tak dijumpai, hidup atau mati hanya Allah sahaja yang tahu. Sebelum isytihar mati sebab dah lebih 7 tahun hilang, nak ikhtiar,” tulisnya.

Beliau turut mencerita kronologi kehilangan datuknya yang dikenali sebagai Tamam.

“Kronologi hilang Tokwan nak ambil wang pencen di Maybank Kangar pada tahun 2012 Tapi tak ada kad pengenalan (IC), pegawai bank suruh pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kangar buat IC, dalam perjalanan pergi JPN hilang. Mak aku pergi JPN tanya ada tak nama Tamam dtg buat IC baru, pegawai JPN cakap tak ada.

“Jadi hilang along the way. Tokwan aku duduk kat Kuala Perlis. Waktu 2012 tu Tokwan aku sihat walafiat tak ada nyanyuk pun umur sekitar 60 ke atas masa itu. Naik kereta kancil. Kereta pun hilang. Kereta Kancil Silver KBH 9522 yang hilang sekali dengan Tokwan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, disebabkan kehilangan datuknya yang agak misteri, kakaknya telah mengambil insiatif berjumpa seorang ustaz, semalam.

“Ustaz kata masih ada cuma dah nyanyuk. Tak tahu ustaz tu tipu ke apa tapi kalau masih hidup harap sangat dapat jumpa dan jika dah tak ada bagi kami petunjuk,” katanya.

Pemilik akaun itu turut berkongsi gambar datuknya bagi memohon bantuan orang ramai memberi maklumat dan membantu mereka sekiranya terjumpa atau pernah melihat individu terbabit.

“Jika ada ternampak atau tahu kat mana Tokwan aku ni boleh la roger. Sedih weh hilang tak jumpa. Misteri sangat,” katanya. – Malaysiapost

https://mobile.twitter.com/fyraaradzaii/status/1453301765923803140?t=ul-A0iSmndBYfbI7i8ouIw&s=19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here