Agong berkenan dengar taklimat mengenai Bajet 2022

0
1

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mendengar taklimat berhubung Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2022 (Bajet 2022) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat ini.

Baginda menerima menghadap Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang memberi taklimat berkenaan secara maya.

“Majlis menghadap ini yang berlangsung selama sejam bermula pada jam 4 petang di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah taklimat mengenai unjuran ekonomi negara bagi tahun 2021/2022 dan Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan,” menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong kini sedang menjalani kuarantin kendiri selaras dengan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selepas selamat tiba ke tanah air semalam.

Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pulang ke tanah air setelah menamatkan lawatan khas ke United Kingdom. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here