9 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

0
1

STATUS terkini kes Covid-19 di Malaysia merekodkan keseluruhan 2,448,372 kes sejak wabak berkenaan melanda negara dengan 6,148 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 21 adalah kes import membabitkan 13 warganegara dan lapan bukan warganegara.

Menurutnya, kes tempatan pula sebanyak 6,127 kes iaitu 5,885 warganegara dan 242 bukan warganegara.

Beliau berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu 101 kes atau 1.6 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 6,047 kes atau 98.4 peratus lagi adalah kategori satu dan dua.

“Sebanyak 7,595 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 2,347,985 kes yang sembuh.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 563 kes (495 kes disahkan Covid-19, 68 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan).

“Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 292 kes (211 kes disahkan Covid-19, 81 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini sebanyak 5,744 kluster Covid-19 dikesan di Malaysia dengan sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini membabitkan enam kluster tempat kerja, masing-masing satu kluster pendidikan lain, kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

“Jumlah kluster yang telah tamat adalah 5,250 kluster dan jumlah kluster yang masih aktif 494 kluster,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here