50 rakyat Malaysia di Sudan dilaporkan selamat

0
1

SERAMAI 17 rakyat Malaysia dan seorang staf Petroliam Nasional Bhd (Petronas) warganegara Thailand, kini ditempatkan di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Khartoum, Sudan susulan pengambilalihan kerajaan oleh pihak tentera di negara berkenaan.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan secara keseluruhan terdapat 50 rakyat Malaysia di Sudan ketika ini termasuk 25 pelajar yang berdaftar dengan kedutaan dan kesemuanya dilaporkan selamat.

“Pegawai-pegawai kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan mereka.

“Inisiatif diambil untuk menempatkan secara sementara seramai 17 rakyat Malaysia dan seorang staf Petronas warganegara Thailand di kediaman rasmi Duta Besar.

“Kedutaan juga telah menasihatkan rakyat Malaysia yang lain untuk mengutamakan keselamatan mereka,” menurut kenyataan itu.

Isnin lalu, media melaporkan pasukan tentera tidak dikenali menawan kediaman Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok hari ini yang kini dikenakan tahanan di rumah.

Turut dilaporkan penahanan empat menteri Kabinet dan seorang perwakilan awam Majlis Tertinggi Sudan dalam pergolakan di negara berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here