Sajjad bakal muflis

0
1

USAHAWAN kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzaman bakal tersenarai sebagai individu muflis di Malaysia susulan pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Pemfailan petisyen itu dilakukan Owa Resources Sdn Bhd menerusi Peguam Nurul Hafidzah Hassan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Siti Suriatey Mohamed Yusoff, lapor Kosmo.

Prosedur tersebut merupakan langkah terakhir bagi menuntut pembayaran penghakiman RM200,000 daripada Sajjad kepada Owa Resources yang merupakan bekas stokis utama bengkung usahawan terbabit.

Nurul Hafidzah memberitahu, petisyen berkenaan difailkan selepas notis kebankrapan yang telah dikeluarkan terhadap usahawan berkenaan tidak mendapat sebarang maklum balas.

Katanya, menerusi perintah bankrap, Sajjad boleh diisytiharkan muflis seterusnya menyebabkan segala aset termasuk rumah dan akaun bank milik Sajat diuruskan Jabatan Insolvensi.

“Petisyen berkenaan perlu diserahkan kepada Sajjad dan sekiranya penyerahan itu gagal, kita akan membuat pengiklanan seterusnya kepada pendengaran dan perintah bankrap.

“Mungkin dalam sebulan dua lagi, kita akan perolehi keputusan (perintah bankrap) daripada mahkamah sekiranya Sajjad terus gagal bayar jumlah penghakiman tersebut,” katanya.

Nurul Hafidzah juga memberitahu, pihak­nya setakat ini belum dapat mengenal pasti keberadaan Sajjad yang didakwa kini berada di Australia.

Malah, katanya, tiada sebarang pengesahan dokumen me­nunjukkan bahawa harta dan perniagaannya telah dijual sebagaimana yang dikatakan usahawan itu.

“Saya tidak rasa semudah itu menjual harta seperti rumah kerana perlu lalui pelbagai prosedur seperti melantik peguam, menandatangani dokumen jual beli dan pengesahan daripada pejabat tanah.

“Tambahan, Sajjad telah mempunyai notis bankrap dan mungkin dia sengaja ‘propa’ agar tiada siapa mencarinya (termasuk tuntutan bayaran hakiman sebelum ini),” katanya.

Ketika ditanya urusan penghantaran petisyen kepada Sajjad yang didakwa berada di Austra­lia, Nurul Hafidzah menegaskan, pihaknya hanya akan menyerahkan pada alamat terakhir diketahui pihaknya (iaitu di Damansara).

Pada 24 Ogos lalu, media melaporkan Owa Resources memberikan kata dua kepada Sajat untuk menjelaskan hutang penghakiman RM200,000 atau diisytiharkan muflis.

Terdahulu, Sajjad diberi notis kebankrapan melalui penyampaian ganti menerusi notis iklan dan penampalan selepas dibenarkan Mah­kamah Tinggi Shah Alam.

Ini kerana Sajjad gagal mem­bayar jumlah peng­­­hakiman RM200,000 kepada Owa Resources selepas tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here