PH failkan isu pembubaran DUN Melaka di mahkamah petang ini

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=423010522517787&set=pb.100044265287667.-2207520000..&type=3

PAKATAN Harapan (PH) Melaka akan membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke mahkamah hari ini.

Perkembangan itu dikongsi Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang memaklumkan pihaknya akan memfailkan isu itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 3 petang ini.

Beliau menyatakan demikian menerusi satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Baru-baru ini, Adly dilaporkan berkata PH Melaka akan membawa isu pembubaran DUN serta keabsahan kerajaan ‘caretaker’ ke mahkamah meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah ditetapkan.

Beliau dilaporkan berkata, namun sekiranya terpaksa juga berdepan PRN, tentunya PH bersedia untuk mengikuti semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Jumaat lalu SPR mengumumkan hari pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, hari mengundi awal pada 16 November manakala penamaan calon pada 8 November.

Ia selepas DUN Melaka terpaksa dibubarkan selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Adly sebelum ini memaklumkan pihaknya mengumpul maklumat dan menyiapkan proses dokumentasi berhubung keabsahan pembubaran yang dipersetujui Mohd Ali itu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Adly Zahari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here