Covid-19: Kes meningkat lagi namun masih di bawah 7,000

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KES harian Covid-19 di Malaysia kembali melaporkan peningkatan namun masih berada di bawah angka 7,000.

Selepas tiga hari mencatatkan angka di bawah 6,000, Malaysia mencatatkan 6,210 kes semalam dan meningkat lagi kepada 6,630 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi, memaklumkan jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,420,222 kes.

Angka terbaharu itu menunjukkan kes harian wabak berkenaan di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-20 berturut-turut.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham mengakui trend menunjukkan Malaysia semakin pulih daripada pandemik Covid-19.

Analisis situasi semasa jangkitan Covid-19 mendapati penularan wabak itu pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini khususnya aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here