Najib tangguh ke Singapura, bantu jentera PRN Melaka

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634875565314","origin":"gallery","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

DATUK Seri Najib Razak menangguhkan perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan.

Ini berikutan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika itu akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan sakit belakang, lapor Berita Harian.

Najib berkata, beliau diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan parti bertindak dengan teratur dan sewajarnya ketika ketiadaan Ahmad Zahid.

Sehubungan itu, beliau memohon kepada mahkamah untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan penyerahan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini.

Perkara itu terkandung dalam notis usul dan afidavit sokongan yang difailkan semalam.

Pada prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menangguhkan kepada 26 Oktober ini untuk mendengar permohonan itu.

Ini berikutan, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada Peguam Negara berhubung permohonan pindaan berkenaan.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini.

Ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Najib Razak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here