Trafik di lebuh raya, plaza tol utama masih lancar

0
1

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih dalam keadaan lancar dan tiada kesesakan atau peningkatan jumlah kenderaan yang luar biasa dilaporkan setakat ini.

Berdasarkan maklumat yang disampaikan di laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sehingga jam 3 petang tadi, tiada kesesakan trafik dilaporkan.

“Lebuhraya Pantai Timur (LPT1 & LPT2), trafik di sepanjang lebuh raya masih dalam keadaan lancar dan terkawal termasuk lokasi di persekitaran Plaza Tol utama seperti Karak dan Kuala Terengganu.

“Trafik di laluan utama lebuhraya termasuk lokasi di persekitaran Plaza Tol Gombak dan Bentong serta laluan mendaki di Genting Sempah masih lancar dan terkawal,” menurut beberapa ciapan LLM di Twitter.

Laluan ke Selatan tanah air juga dilaporkan tenang ketika ini termasuk trafik di laluan utama lebuh raya di sekitar Plaza Tol Sungai Besi dan Skudai.

Bagaimanapun berlaku sedikit kesesakan di kawasan mendaki Bukit Berapit ke Taiping Utara di kedua-dua arah susulan berlaku kemalangan membabitkan kenderaan berat dan kerja-kerja pengalihan kemalangan di KM 198.7 arah Utara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here