PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, kunjungan tersebut adalah yang pertama kali semenjak pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-9 pada Ogos lalu.
“Malaysia telah menjalinkan hubungan baik dengan China sudah sekian lama.
“Melalui kunjungan ini, saya pasti ianya akan mengerat serta meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Terdahulu, Ismail Sabri diberi penghormatan menyampaikan ucaptama majlis pembukaan Pameran Import dan Eksport China ke-130 (Pameran Canton) yang diadakan secara maya, semalam. – Malaysiapost

