PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menegaskan mesej tular di aplikasi WhatsApp mengenai pemasangan kamera perangkap had laju di bawah jambatan adalah palsu.
PLUS memaklumkan perkara itu menerusi Twitternya semalam.
“Dakwaan pemasangan kamera perangkap had laju di bawah jambatan yang palsu didapati tular di aplikasi pesanan ‘WhatsApp’.
“Pihak PLUS telah mengesan mesej yang menjadi tular semula oleh pihak tidak bertanggungjawab,” tulisnya. – Malaysiapost

