
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 7,420 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,377,033 kes.
Perkembangan itu dikongsi Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi.
Angka terbaharu itu menunjukkan kes harian wabak itu di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-13 berturut-turut.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata KKM menjangkakan kes akan kembali meningkat selepas tempoh dua minggu akan datang susulan kebenaran merentas negeri.
Bagaimanapun katanya, KKM percaya sebahagian besar kes tidak akan begitu serius kerana lebih 90 peratus populasi dewasa di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi. – Malaysiapost
