Aset Petronas: Malaysia gesa Sudan hormat perjanjian

0
1

MALAYSIA menggesa kerajaan Sudan untuk menghormati Perjanjian Promosi dan Perlindungan Pelaburan dua hala kedua-dua negara yang termeterai selama ini.

Menerusi kenyataan Kementerian Luar Negeri, Malaysia amat khuatir mengenai isu yang melibatkan Petronas Sudan Complex di Khartoum.

“Sejak tercetusnya isu ini pada Disember 2020, Kementerian Luar Negeri telah bekerjasama rapat dengan Petronas, termasuk melalui kedutaan besar Malaysia di Khartoum, bagi menangani isu ini.

“Setakat ini Kementerian telah melaksanakan beberapa usaha diplomatik termasuk memanggil Kuasa Usaha Sudan di Kuala Lumpur (buat kali kedua) ke Wisma Putra pagi ini bagi menyampaikan kebimbangan Malaysia.

“Kementerian akan memantau rapat perkembangan isu ini dengan dalam memelihara kepentingan Malaysia di Sudan,” kata kenyataan, itu.

Walaupun proses timbang tara yang diaktifkan oleh Petronas telah bermula, Malaysia berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat demi menjaga hubungan akrab yang terjalin antara dua negara.

Isu itu tercetus apabila kerajaan peralihan Sudan berhasrat merampas aset milik Petronas yang didakwa diperoleh secara tidak sah ketika pemerintahan bekas pemimpin Omar al-Bashir.

Susulan penggulingan al-Bashir, kerajaan peralihan itu bertindak meluluskan undang-undang serta membentuk Jawatankuasa Pemerkasaan Penyingkiran, Anti-Rasuah dan Pengambilan Semula Wang.

Jawatankuasa itu dipertanggungjawabkan untuk meneliti semula perjanjian serta mendapatkan semula aset yang didakwa telah diperoleh secara tidak sah di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun, Petronas menegaskan bahawa hak milik tanah itu diperoleh secara sah mengikut undang-undang yang ditetapkan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Defence Security Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here