SPRM dakwa seorang Ahli Parlimen esok

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah mendapat izin melakukan pendakwaan terhadap seorang Ahli Parlimen, esok.

Menerusi jemputan media yang diedarkan, SPRM memaklumkan pendakwaan itu akan dilakukan pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Dengan ini adalah dimaklumkan, SPRM telah mendapat izin mendakwa terhadap seorang Ahli Parlimen,” menurut jemputan media itu.

Namun, dalam jemputan media itu tidak dinyatakan nama Ahli Parlimen berkenaan termasuk butiran pertuduhan terhadapnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here