Watak Tan Sri, Datuk Seri tak bermoral, ini jawapan Annuar Musa

0
1

KERAJAAN sentiasa memantau kandungan disiarkan di televisyen dengan penulisan kreatif yang membawa mesej umum agar tidak melanggar prinsip lima Rukun Negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa berkata, kementeriannya mengambil maklum penggunaan sifat-sifat tertentu dalam penulisan kreatif bagi menyampaikan sesuatu mesej.

“Dalam masyarakat kita memang banyak jenis gelaran… ada cikgu, ada ustaz, ada ustazah, tok imam, tok guru, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Datuk, Datuk Deri, Datin, Tun, Toh Puan dan sebagainya.

“Maka ada sifat-sifat antagonis, protagonis dan sebagainya. Kita mengizinkan pendekatan kreatif termasuk dalam skrip drama selagi ia tidak melanggar garis panduan tertentu dan prinsip-prinsip Rukun Negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu sama ada KKMM memantau skrip drama yang sewenang-wenangnya menggunakan watak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral.

Sementara itu, Annuar berpandangan kandungan drama perlu disesuaikan dengan senario yang berlaku dalam negara ketika ini.

Katanya, ketika rakyat berada dalam kesusahan, kehidupan tertekan dan berlaku peristiwa negatif termasuk bunuh diri, sepatutnya drama yang dipaparkan tidak menambah luka dan suasana kemurungan dihadapi rakyat.

“Kita sekarang sudah masuk kepada fasa pemulihan negara, maka kita patut kembalikan suasana keceriaan, menghidupkan semangat keluarga Malaysia, prinsip-prinsip kebersamaan dan sebagainya.

“Nilai semasa dan nilai nasional kita galakkan untuk diterapkan melalui medium siaran termasuk dalam drama dan telefilem,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here