Erra Fazira kini isteri kedua Faizal Azumu?

0
1

NAMA primadona Erra Fazira menjadi sebutan netizen selepas timbul desas-desus menyatakan aktres tersebut sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada seorang menteri yang berasal dari Perak.

Ia selepas muncul satu ciapan di Twitter milik @abam_kumis yang membuat pendedahan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek merupakan isteri kedua kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Ahli Parlimen Tambun.

“Dengar khabar Erra Fazira sudah jadi isteri kedua kepada Faizal Azumu. Isteri pertama tahu tak tu?,” katanya dalam ciapan itu.

Gosip terbabit mengejutkan netizen termasuk ada yang mempersoalkan kebenaran kontroversi itu kerana pelakon berusia 47 tahun tersebut sememangnya tidak gemar berkongsi kisah peribadinya.

Seperti ingin menjawab gosip yang bertebaran, Erra dalam hantaran di Instagram membuat ayat kiasan menafikan dakwaan kini telah menamatkan zaman solonya.

“Apooo (apa)… tak habis-habis cerita pasal kahwin ini. Apa pun, orang suka untuk berkata, jadi biarkan mereka seronok dengan berkata-kata,” katanya dalam hantaran yang dimuatnaik hari ini.

Malaysiapost sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada Ahmad Faizal berhubung gosip yang mengaitkan namanya dengan pelakon itu.

Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah filem, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Kemudian, pada 2007 Erra berkahwin kali kedua dengan ahli perniagaan, Engku Emran dan bercerai pada 2014.

Erra mempunyai seorang anak hasil perkahwinan keduanya, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here